Monday, 2 January 2017

ORGANISASI UNIT SPBT TAHUN 2017

Selamat datang ke Blog SPBT Tahun 2017. Pada tahun ini, terdapat beberapa perubahan dalam struktur organisasi Unit SPBT. Mari berkenalan dengan organisasi SPBT Tahun 2017.



PENYELARAS SPBT 2017
PN RODIAH BINTI TAK



AJK SPBT 2017
PN VIJAYALAXSHIMI A/P PALANY


AJK SPBT 2017 ( BLOG SPBT )
PN RABBIYATUL ADAWIYAH BINTI PAIRON


AJK SPBT 2017 
PN ASMIDA BINTI MAT ARIPIN @ ARIFFIN

Semoga SPBT SK PEREMPUAN BUKIT KUDA TERUS GEMILANG!!!




Monday, 10 October 2016

TERIMA KASIH SK(P) BUKIT KUDA

PENGHARGAAN KEPADA 'TEAM SPBT 2016'

Pada 10 Oktober 2016, anugerah dan penghargaan diberikan kepada guru-guru Team SPBT 2016 atas kecemerlangan dalam Pengurusan SPBT yang telah mendapat Johan Kategori 1 Bay Sekolah Rendah. Syabas dan tahniah buat Team SPBT 2016.




Thursday, 6 October 2016

SYABAS DAN TAHNIAH BUAT SPBT SK(P)BK 2016

PENYAMPAIAN HADIAH KOKO & HEM 2016

Pada 6 Oktober 2016, Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum Tahun 2016 telah diadakan di Goldcoursehotel. Syukur alhamdulillah kerana Unit SPBT SK(P) Bukit Kuda telah berjaya mendapat Johan dalam Pengurusan SPBT Cemerlang 1 Bay (SR).  Syabas dan jutaan terima kasih buat Team SPBT dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan SPBT cemerlang. Tahniah !


Wednesday, 21 September 2016

KARNIVAL SPBT DAERAH KLANG

Penyertaan dalam Karnival SPBT Daerah Klang

Pada 21 September 2016, unit SPBT telah menyertai beberapa pertandingan dalam karnival SPBT yang diadakan di SMK Sultan Abdul Samad. Pihak sekolah telah menghantar penyertaan bagi Pertandingan Mewarna Tahun 3, Pertandingan Membalut dan Mencantikkan Buku Teks dan Pertandingan Melukis Poster Tahun 6. Dua orang guru turut mengiringi murid dalam pertandingan tersebut.
Guru pengiring, iaitu  Pn Rodiah dan Pn Vijaya bersama GPK Kokurikulum, Puan Hazlina binti Ali.






Para peserta yang menyertai pertandingan








Dalam pertandingan tersebut, Anis Qistina dari Tahun 4 Cerdik berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Membalut dan Mencantikkan Buku Teks manakala Wan Atikah Basyirah dari Tahun 3 Cerdik mendapat tempat keempat dalam Pertandingan Mewarna. 



Hasil kerja murid, Anis Qistina 4 Cerdik yang berjaya mendapat Naib Johan

Monday, 22 August 2016

PEMANTAUAN PARA PENTADBIR

Bilik Operasi SPBT telah dilawat oleh para pentadbir SK(P)Bukit Kuda. Berikut merupakan beberapa momen yang dapat diambil sepanjang pemantauan tersebut.







HASIL DEKORASI LAMAN DAN BILIK OPERASI SPBT

Alhamdulillah, inilah hasil titik peluh semua warga sekolah dalam menyediakan Laman SPBT dan Bilik Operasi SPBT yang cantik, ceria dan selesa,

Laman SPBT









Bilik Operasi SPBT









Wednesday, 3 August 2016

PEMUSNAHAN BUKU TEKS SPBT 2016

Pada 22 Julai 2016 ( Jumaat), pemusnahan buku teks telah dijalankan oleh Unit SPBT SK(P) Bukit Kuda. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Mastura binti Tajul Ariffin turut sama menjayakan aktiviti ini. Beberapa orang guru dari Unit SPBT turut sama dalam aktiviti ini.