Pada 5 Januari 2017, Unit SPBT telah mengadakan satu taklimat kepada semua murid Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2017. Semua guru Unit SPBT mengambil bahagian dalam taklimat ini. Turut hadir, Guru Penolong Kanan HEM, Puan Mastura binti Tajul Ariffin. Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan sepanjang taklimat.
Thursday, 5 January 2017
Tuesday, 3 January 2017
AYUH KEMBALI KE SEKOLAH
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA WARGA SK PEREMPUAN BUKIT KUDA
Unit SPBT 2017 mengucapkan selamat datang kepada semua pentadbir, guru, staf sokongan dan murid - murid ke sesi persekolahan Tahun 2017 yang bermula pada 3 Januari 2017. Semoga tahun ini akan terus membawa sinar kecemerlangan dalam semua bidang. Jadikan lembaran tahun ini sebagai titik tolak kejayaan buat semua warga SK Perempuan Bukit Kuda, Klang, Selangor. Marilah kita sama-sama bergandingan merealisasikan kecemerlangan dunia dan akhirat.
~BERUBAH UNTUK PERUBAHAN~

TAKLIMAT SPBT TAHUN 2017
Pada 3 Januari 2017, satu taklimat SPBT telah dijalankan. Taklimat ini disampaikan oleh Ketua Unit SPBT, Puan Rodiah binti Tak. Taklimat ini diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Semua murid dimaklumkan dengan tatacara penjagaan dan penggunaan buku teks.
Monday, 2 January 2017
ORGANISASI UNIT SPBT TAHUN 2017
Selamat datang ke Blog SPBT Tahun 2017. Pada tahun ini, terdapat beberapa perubahan dalam struktur organisasi Unit SPBT. Mari berkenalan dengan organisasi SPBT Tahun 2017.
PENYELARAS SPBT 2017
PN RODIAH BINTI TAK
AJK SPBT 2017
PN VIJAYALAXSHIMI A/P PALANY
AJK SPBT 2017 ( BLOG SPBT )
PN RABBIYATUL ADAWIYAH BINTI PAIRON
AJK SPBT 2017
PN ASMIDA BINTI MAT ARIPIN @ ARIFFIN
Semoga SPBT SK PEREMPUAN BUKIT KUDA TERUS GEMILANG!!!
Monday, 10 October 2016
TERIMA KASIH SK(P) BUKIT KUDA
PENGHARGAAN KEPADA 'TEAM SPBT 2016'
Pada 10 Oktober 2016, anugerah dan penghargaan diberikan kepada guru-guru Team SPBT 2016 atas kecemerlangan dalam Pengurusan SPBT yang telah mendapat Johan Kategori 1 Bay Sekolah Rendah. Syabas dan tahniah buat Team SPBT 2016.

Thursday, 6 October 2016
SYABAS DAN TAHNIAH BUAT SPBT SK(P)BK 2016
PENYAMPAIAN HADIAH KOKO & HEM 2016
Pada 6 Oktober 2016, Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM dan Kokurikulum Tahun 2016 telah diadakan di Goldcoursehotel. Syukur alhamdulillah kerana Unit SPBT SK(P) Bukit Kuda telah berjaya mendapat Johan dalam Pengurusan SPBT Cemerlang 1 Bay (SR). Syabas dan jutaan terima kasih buat Team SPBT dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan SPBT cemerlang. Tahniah !

Wednesday, 21 September 2016
KARNIVAL SPBT DAERAH KLANG
Penyertaan dalam Karnival SPBT Daerah Klang
Para peserta yang menyertai pertandingan
Pada 21 September 2016, unit SPBT telah menyertai beberapa pertandingan dalam karnival SPBT yang diadakan di SMK Sultan Abdul Samad. Pihak sekolah telah menghantar penyertaan bagi Pertandingan Mewarna Tahun 3, Pertandingan Membalut dan Mencantikkan Buku Teks dan Pertandingan Melukis Poster Tahun 6. Dua orang guru turut mengiringi murid dalam pertandingan tersebut.
Guru pengiring, iaitu Pn Rodiah dan Pn Vijaya bersama GPK Kokurikulum, Puan Hazlina binti Ali.
Para peserta yang menyertai pertandingan
Dalam pertandingan tersebut, Anis Qistina dari Tahun 4 Cerdik berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Membalut dan Mencantikkan Buku Teks manakala Wan Atikah Basyirah dari Tahun 3 Cerdik mendapat tempat keempat dalam Pertandingan Mewarna.
Hasil kerja murid, Anis Qistina 4 Cerdik yang berjaya mendapat Naib Johan
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
SEJARAH SEKOLAH Sekolah Rendah Kebangsaan (P) Bukit Kuda letaknya berdekatan dengan Bukit Raja Hassan dan lebih kurang 2km dari...
-
Alhamdulillah, inilah hasil titik peluh semua warga sekolah dalam menyediakan Laman SPBT dan Bilik Operasi SPBT yang cantik, ceria dan seles...