Pada 26 September dan 27 September, sekolah dikunjungi panel hakim dari Peringkat Kebangsaan dan PPD Klang. Para tetamu turut mengunjungi BOSS dan kagum dengan hasil usaha SPBT dan warga sekolah.
En Muhamad Adnan bin Ismail daripada JPN Negeri Sembilan
Sepanjang bulan September, aktiviti gotong-royong keceriaan SPBT dan Bilik Operasi SPBT dilaksana oleh semua AJK SPBT dan warga sekolah. Terdapat banyak perubahan dan pembaharuan yang dilakukan untuk SPBT 2017. Berikut merupakan hasil kreativiti warga SKPBK.
Pada 20 September 2017, Pn Rodiah selaku ketua SPBT hadir di SK Taman Gembira bagi Pengambilan Buku Teks Kegunaan 2018. Berikut merupakan aktiviti sepanjang di sana.
Pada 16 September 2017, aktiviti gotong-royong diteruskan oleh AJK SPBT yang komited terhadap kerja. Barisan AJK SPBT iaitu Puan Rodiah, Puan Vijaya dan Puan Rabbiyatul Adawiyah meneruskan aktiviti keceriaan SPBT walaupun pada hari cuti. 😊
Barisan AJK SPBT yang hadir; Puan Rodiah, Puan Vijaya, Puan Rabbiyatul
Pada awal bulan September, aktiviti gotong-royong keceriaan Laman SPBT diteruskan. Gotong-royong ini melibatkan semua AJK SPBT dan warga sekolah. Turut sama turun padang ialah PK Hal Ehwal Murid, Puan Hazlina binti Ali. Berikut merupakan beberapa sesi gotong-royong dalam proses awal.
Turut sama membantu Puan Hazlina Ali bersama guru-guru
Pada 7 Ogos 2017, satu sarang tebuan telah bersarang di sebatang pokok Laman SPBT. Pihak sekolah telah meminta bantuan daripada pihak JPAM untuk menyelesaikan isu tebuan. Pihak JPAM telah datang kali kedua pada tahun ini untuk menyelesaikan isu sarang tebuan. Terima kasih pihak JPAM!
Pada 3 Ogos 2017, Projek Laman SPBT Tahun 2017 kini bermula. Beberapa elemen laman mula diletakkan dengan bantuan AJK SPBT dan staff lain. Berikut merupakan gambar sepanjang aktiviti tanaman tersebut.