Wednesday, 21 September 2016

KARNIVAL SPBT DAERAH KLANG

Penyertaan dalam Karnival SPBT Daerah Klang

Pada 21 September 2016, unit SPBT telah menyertai beberapa pertandingan dalam karnival SPBT yang diadakan di SMK Sultan Abdul Samad. Pihak sekolah telah menghantar penyertaan bagi Pertandingan Mewarna Tahun 3, Pertandingan Membalut dan Mencantikkan Buku Teks dan Pertandingan Melukis Poster Tahun 6. Dua orang guru turut mengiringi murid dalam pertandingan tersebut.
Guru pengiring, iaitu  Pn Rodiah dan Pn Vijaya bersama GPK Kokurikulum, Puan Hazlina binti Ali.






Para peserta yang menyertai pertandingan








Dalam pertandingan tersebut, Anis Qistina dari Tahun 4 Cerdik berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Membalut dan Mencantikkan Buku Teks manakala Wan Atikah Basyirah dari Tahun 3 Cerdik mendapat tempat keempat dalam Pertandingan Mewarna. 



Hasil kerja murid, Anis Qistina 4 Cerdik yang berjaya mendapat Naib Johan

Monday, 22 August 2016

PEMANTAUAN PARA PENTADBIR

Bilik Operasi SPBT telah dilawat oleh para pentadbir SK(P)Bukit Kuda. Berikut merupakan beberapa momen yang dapat diambil sepanjang pemantauan tersebut.







HASIL DEKORASI LAMAN DAN BILIK OPERASI SPBT

Alhamdulillah, inilah hasil titik peluh semua warga sekolah dalam menyediakan Laman SPBT dan Bilik Operasi SPBT yang cantik, ceria dan selesa,

Laman SPBT









Bilik Operasi SPBT









Wednesday, 3 August 2016

PEMUSNAHAN BUKU TEKS SPBT 2016

Pada 22 Julai 2016 ( Jumaat), pemusnahan buku teks telah dijalankan oleh Unit SPBT SK(P) Bukit Kuda. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Mastura binti Tajul Ariffin turut sama menjayakan aktiviti ini. Beberapa orang guru dari Unit SPBT turut sama dalam aktiviti ini.



Monday, 25 July 2016

PENGESAHAN ONLINE eSPBT

Pengesahan online eSPBT telah lengkap sepenuhnya pada 19 April 2016.


BENGKEL ONLINE eSPBT

Bengkel online eSPBT telah dijalankan pada 14 April 2016. Seorang guru daripada SK(P)Bukit Kuda terlibat dalam bengkel ini, iaitu Puan Rodiah binti Tak.




GOTONG-ROYONG UNIT SPBT 2016

Sepanjang 2016, aktiviti gotong-royong telah diadakan oleh AJK Unit SPBT dengan bantuan guru-guru lain. Berikut merupakan aktiviti yang telah dijalankan.