Thursday, 29 March 2018

TAKLIMAT PROSES PESANAN BUKU TEKS

Pada 29 Mac 2018, Pn Rodiah binti Tak selaku Penyelaras Unit SPBT SK Perempuan Bukit Kuda menghadiri satu taklimat anjuran PPD Klang. Taklimat ini dijalankan bagi memudahkan pengurusan buku-buku SPBT di peringkat sekolah. Semoga semua urusan berjalan lancar.





Tuesday, 13 February 2018

OPS BALUT 1

Pada 13 Februari 2018, OPS BALUT 1 dijalankan oleh Unit SPBT. Pemeriksaan dijalankan kepada semua murid bagi memastikan buku teks dibalut kemas dan ditulis nama. Pemeriksaan dibantu oleh guru-guru yang berada di dalam kelas semasa pemeriksaan dijalankan.




Monday, 15 January 2018

PROGRAM SPBT JANJI KU (JK)

Pada 15 Januari 2018, Program Janji Ku (JK) oleh Unit SPBT dijalankan. Semua murid berikrar akujanji SPBT diketuai oleh Ketua Kelab SPBT Safiyyah dari 6 Cerdik.



Semua ahli Kelab SPBT di atas pentas




KUNJUNGAN PEGAWAI SERANTA KE UNIT SPBT

Pada 15 Januari , Unit SPBT menerima kunjungan Pegawai Seranta SKPBK, iaitu Sarjan Nor Ezati binti Abu Bakar, Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Klang Utara. Beliau diiringi PK Hal Ehwal Murid, Puan Hazlina binti Ali.







Wednesday, 3 January 2018

TAKLIMAT SPBT TAHUN 1

Pada 3 Januari 2018, sesi taklimat kepada semua murid Tahun 1 telah dijalankan di kelas 1 Cerdik. Pn Rodiah selaku Ketua Unit SPBT 2018. Taklimat turut dihadiri oleh PK Kokurikulum, Pn Manisah binti Mokhtar.



LAWATAN TAHUN 1

Sepanjang Minggu Transisi Tahun 1, semua murid turut dibawa melawat ke Bilik BOSS.

Tuesday, 2 January 2018

SELAMAT DATANG 2018

Unit SPBT SK Perempuan Bukit Kuda mengucapkan selamat kembali ke sekolah. Selamat datang kepada semua warga SKPBK 2018. Semoga tahun ini akan terus kekal cemerlang dalam semua bidang. Amin.