Friday, 13 April 2018

MINGGU SPBT 2018

Pada 9-13 April 2018, Unit SPBT telah bekerjasama bersama-sama AJK PSS untuk mengadakan Minggu PSS & Minggu SPBT. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalanlan. Semua aktiviti melibatkan murid-murid PPKI, Tahap 1 dan Tahap 2.

 AKTIVITI PPKI
Pertandingan mewarna gambar













                       AKTIVITI TAHAP 1
                      Pertandingan Mewarna








AKTIVITI TAHAP 2
Pertandingan Melukis Poster Kulit Buku Teks







Thursday, 12 April 2018

PERTANDINGAN MEWARNA UNIT SPBT 2018

Pada 12 April 2018, satu Pertandingan Mewarna Anjuran Unit SPBT sempena Minggu Pusat Sumber Sekolah tahun 2018.





Tuesday, 3 April 2018

PENGISIAN eSPBT KEGUNAAN 2019

Pada 3 April 2018, Pengisian eSPBT kegunaan 2019 dijalankan di PPD Klang. Penyelaras SPBT, Pn Rodiah binti Tak turut hadir dalam program ini.







:point_down:
:point_down:

Thursday, 29 March 2018

TAKLIMAT PROSES PESANAN BUKU TEKS

Pada 29 Mac 2018, Pn Rodiah binti Tak selaku Penyelaras Unit SPBT SK Perempuan Bukit Kuda menghadiri satu taklimat anjuran PPD Klang. Taklimat ini dijalankan bagi memudahkan pengurusan buku-buku SPBT di peringkat sekolah. Semoga semua urusan berjalan lancar.





Tuesday, 13 February 2018

OPS BALUT 1

Pada 13 Februari 2018, OPS BALUT 1 dijalankan oleh Unit SPBT. Pemeriksaan dijalankan kepada semua murid bagi memastikan buku teks dibalut kemas dan ditulis nama. Pemeriksaan dibantu oleh guru-guru yang berada di dalam kelas semasa pemeriksaan dijalankan.




Monday, 15 January 2018

PROGRAM SPBT JANJI KU (JK)

Pada 15 Januari 2018, Program Janji Ku (JK) oleh Unit SPBT dijalankan. Semua murid berikrar akujanji SPBT diketuai oleh Ketua Kelab SPBT Safiyyah dari 6 Cerdik.



Semua ahli Kelab SPBT di atas pentas




KUNJUNGAN PEGAWAI SERANTA KE UNIT SPBT

Pada 15 Januari , Unit SPBT menerima kunjungan Pegawai Seranta SKPBK, iaitu Sarjan Nor Ezati binti Abu Bakar, Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Klang Utara. Beliau diiringi PK Hal Ehwal Murid, Puan Hazlina binti Ali.