SEJARAH SEKOLAH
- Sekolah Rendah Kebangsaan (P) Bukit Kuda letaknya berdekatan dengan Bukit Raja Hassan dan lebih kurang 2km dari Bandar Klang. Tapak asal sekolah ini adalah sebuah ladang getah. Pada mulanya,tanah ini dicadangkan untuk dibuat kawasan perumahan tetapi akhirnya ia dibeli oleh kerajaan untuk membina sekolah. Dahulunya,dihadapan sekolah ini ada sebuah landasan keretapi. Oleh itu,jalan didepan dipanggil Jalan Landasan.
- Sekolah ini dibuka pada 1.1.1966 setelah menumpang di Sek. Ren. Keb.(P) Methodist dn Sek. Keb. Bukit Kuda untuk beberapa bulan.Pada bulan Ogos 1967 apabila bangunan sekolah telah siap,semua murid dipindahkan ke sekolah yang ada sekarang.
- Kelas-kelas percantuman untuk murid-murid pekak diadakan disekolah ini tahun 1967.Tahun 1994 apabila sekolah pendidikan khas murid pekak dan bisu dibuka di Shah Alam. Mereka telah berpindah ke Seksyen 18.
- Pada tahun 1982,satu blok bangunan ditambah untuk menumpang perpustakaan,klinik gigi,bilik darjah dan tandas murid. Disini ditempatkan juga murid-murid bermasalah pembelajaran.Apabila bilangan murid semakin meningkat dan murid pendidikan khas pekak dan bisu berpindah ke Shah Alam mereka ditempatkan sepenuhnya ke bangunan pasang siap iaitu Blok C.
1966
- Sekolah didirikan dengan menumpang di SRK(P) Methodist Klang
- Bil Guru : 3 orang
- Bil Murid : 104 orang
1967
- 2 buah bangunan 2 tingkat siap dibina di kawasan Bukit Kuda,Klang terdiri daripada 19 buah Bilik Darjah,Pejabat,Bilik Solat,Kedai Buku dan Tandas.
2002
- Makmal Komputer fasa 1 dibina dibelakang kantin,membekalkan 20 buah komputer.
2003
- Pagar batu dihadapan sekolah dibina daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan pondok juga dibina atas sumbangan (PIBG)
2004
- 2 buah pondok bacaan dibina sumbangan PIBG
2005
- Kantin dan pentas perhimpunan dinaiktaraf sumbangan PPD
2007
- Sekolah dipilih untuk diadakan Pusat Akses
2008
- Padang sekolah dinaiktaraf sumbangan PPD. Pra Sekolah mula beroperasi
2009
- Bumbung atap adeck blok A diganti dengan bumbung sedia ada.
- Bangunan Pendidikan Khas yang diistiharkan tidak selamat oleh JKR digantikan dengan bangunan baru.Tarikh penyerahan pada 31 Disember 2010.
2010
- 1 Disember 2010,Bangunan Gantian PPKI telah siap dan diserahkan kepada pihak sekolah.
2011
- Awal tahun bulan Februari sekolah mendapat projek naiktaraf tingkat bawah bermula dari dewan hingga pejabat
2012
- Sekolah mendapat Projek naiktaraf bumbung blok B.
No comments:
Post a Comment