Thursday, 28 September 2017

.:: PEMANTAUAN SPBT 2017 ::.

Hari ini merupakan hari pemantauan unit SPBT SK Perempuan Bukit Kuda. Doakan kejayaan kita bersama.


PERSIAPAN AKHIR SPBT

Hari ini merupakan hari pemantauan daripada Unit PPD Klang. Moga ada sinar kejayaan buat warga SK Perempuan Bukit Kuda 2017. Semoga berjaya. SKPBK Boleh!
\

Barisan AJK SPBT dan Pentadbir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Hazlina binti Ali







Wednesday, 27 September 2017

KEHADIRAN TETAMU LUAR

Pada 26 September dan 27 September, sekolah dikunjungi panel hakim dari Peringkat Kebangsaan dan PPD Klang. Para tetamu turut mengunjungi BOSS dan kagum dengan hasil usaha SPBT dan warga sekolah.

En Muhamad Adnan bin Ismail daripada JPN Negeri Sembilan

Para penilai daripada PPD Klang


Tuesday, 26 September 2017

PERSEDIAAN KECERIAAN LAMAN SPBT DAN BILIK OPERASI SPBT 2017

Sepanjang bulan September, aktiviti gotong-royong keceriaan SPBT dan Bilik Operasi SPBT dilaksana oleh semua AJK SPBT dan warga sekolah. Terdapat banyak perubahan dan pembaharuan yang dilakukan untuk SPBT 2017.  Berikut merupakan hasil kreativiti warga SKPBK.








Wednesday, 20 September 2017

PENGAMBILAN BUKU TEKS KEGUNAAN 2018

Pada 20 September 2017, Pn Rodiah selaku ketua SPBT hadir di SK Taman Gembira bagi Pengambilan Buku Teks Kegunaan 2018. Berikut merupakan aktiviti sepanjang di sana.






Saturday, 16 September 2017

KECERIAAN LAMAN SPBT DITERUSKAN

Pada 16 September 2017, aktiviti gotong-royong diteruskan oleh AJK SPBT yang komited terhadap kerja. Barisan AJK SPBT iaitu Puan Rodiah, Puan Vijaya dan Puan Rabbiyatul Adawiyah meneruskan aktiviti keceriaan SPBT walaupun pada hari cuti. 😊

Barisan AJK SPBT yang hadir; Puan Rodiah, Puan Vijaya, Puan Rabbiyatul





Wednesday, 6 September 2017

GOTONG-ROYONG KECERIAAN LAMAN SPBT

Pada awal bulan September, aktiviti gotong-royong keceriaan Laman SPBT diteruskan. Gotong-royong ini melibatkan semua AJK SPBT dan warga sekolah. Turut sama turun padang ialah PK Hal Ehwal Murid, Puan Hazlina binti Ali. Berikut merupakan beberapa sesi gotong-royong dalam proses awal.

Turut sama membantu Puan Hazlina Ali bersama guru-guru